Saturday, January 11, 2014

PENGENALAN KEPADA SISTEM JANAKUASA

Janakuasa atau Genset atau Generator Set berfungsi menukar tenaga mekanikal kepada tenaga elektrikal. Janakuasa biasanya digunakan untuk dua tujuan utama iaitu sebagai tunggu sedia (stand-by) dan berterusan.

Bila masa nak guna stand-by: Tempat yang ada bekalan TNB  

Bila masa nak guna Continuous/berterusan: Tempat yang tak ada bekalan TNB 

Nak kendalikan Genset yang berkapasiti kecil (100 KVA) ni mudah je...tapi untuk senggarakan engine Genset ni, bagi sesiapa yang tahu nak repair engine diesel atau engine lori pasti takde masalah...yang rumit adalah ketika troubleshoot dan melibatkan komponen penjana...kalau tahu kata tahu...kalau tak tahu jangan berlagak tahu...

Perkara yang anda perlu tahu:

(1) Kapasiti Genset biasanya akan guna KVA bukan KW...contoh 100KVA, 250KVA, 500KVA...tapi ada je orang guna KW...Beza kedua-dua ni adalah pada faktor kuasa (power factor, pf). KW kena darab pf (biasanya 0.85). Kalau dengan TNB kita ambil kira pf; sebab itu meter TNB guna KW. Kalau Genset kita guna sendiri, takde kaitan dengan TNB...

(2) Bagi genset 4 poles; Speed 1500 rpm akan menghasilkan frequency 50Hz (tambah tolak nipis-nipis je). Kalau naikkan speed maka freq akan naik. Kesannya; apa-apa peralatan bermotor seperti kipas, blender dan lain-lain akan menjadi lebih laju. Kalau tak dapat tampung kelajuan, peralatan bermotor boleh rosak. Di Malaysia kebiasaannya hanya guna Genset 1500 rpm 4 poles sahaja di kilang-kilang dan bangunan kerajaan/swasta...TNB juga hanya supply 50Hz tapi janakuasa TNB kat empangan tu mungkin ada banyak poles dan rpm lebih rendah...Negara lain mungkin ada guna sehingga 1800 rpm atau lebih...kita ikut standard British...(poles atau kutub adalah magnet dan bilangannya adalah genap)
Bahagian-bahagian Janakuasa:

 
Gambar 1: Genset engin diesel

Terdapat beberapa jenis enjin yang digunakan pada janakuasa, antaranya adalah:
(1) Engin Diesel
(2) Enjin Petrol
(3) Turbin Wap
(4) TurbinGas
(5) TurbinHydro
(6) TurbinAngin 
(7) TurbinNuklear

Enjin hanya digunakan untuk menggerak rotor yang disambungkan pada penjana.

Bahagian-bahagian enjin diesel:
 
 Gambar 2: Contoh enjin diesel (pandangan sisi kanan)

 
 Gambar 3: Contoh enjin diesel (pandangan sisi kiri)

Bahagian-bahagian Penjana:
 
Gambar 4: Contoh keratan rentas Penjana Jenis PMG (Permanent Magnet Generator)

Ni masuk teori skit...

Secara asasnya perjana terbahagi kepada dua jenis yang mana melibatkan pengujaan atau ujaan (exciter):
(1) Ujaan Luar
(2) Ujaan Diri

Ada sesetengah orang kata PMG tu ujaan lain yang ketiga, tapi bagi saya PMG tu konsepnya sama dengan ujaan diri. Cuma PMG ni dicipta untuk lebih stabil dan tahan.

Ujaan Luar: Penguja mendapat bekalan dari sumber luar seperti bateri
 
Gambar 6: Konsep ujaan luar

 
Gambar 7: Blok diagram ujaan luar

Ujaan Diri: Penguja mendapat bekalan daripada voltan yang terhasil dari stator utama melalui Automatic Voltage Ragulator (AVR). Voltan yang diterima oleh penguja dikawal oleh AVR.
 
Gambar 8: Konsep ujaan diri

 
Gambar 9: Blok diagram ujaan diri

Ujaan PMG: Penguja mendapat bekalan dari Permenent Magnet Generator (PMG). PMG terdiri daripada magnet kekal yang direka khas untuk mencapai voltan yang stabil bagi penggunaan penguja.

 
Gambar 10: Blok diagram PMG


Voltan masukan pada penguja (exciter) dikawal oleh Automatic voltage regulator (AVR)...so kalau genset hidup tapi takde supply (240/415V) maka sila periksa AVR...mungkin ada masalah...guna multimeter/ampmeter tengok output dia ada ke tak...
 
Gambar 11: Contoh AVR. (Saiz AVR sekarang mungkin kecik je...)

 
Gambar 12: Contoh litar penyambungan dalam binaan AVR

Rotating diods berfungsi menukar arus ulang alik yang terhasil dari rotor penguja kepada arus terus yang disalurkan kepada rotor utama. Komponen elektronik utama adalah diod.
 
Gambar 13: Contoh Rotating diods.

Senang cerita; rotating diods ni digunakan untuk mengecas bateri dan menghidupkan komponen serta litar elektronik yang ada pada Genset...

Diods ni kalau rosak baik tukar seketul terus...tapi periksa dulu satu-satu...

"Semoga bermanfaat.."

No comments:

Post a Comment