Sunday, March 3, 2013

Doa Berkaitan Anak

Seperti yang semua sedia maklum, ada banyak doa yang berkaitan dengan anak.  Bagi mereka yang masih belum mempunyai anak, yang ingin menambah bilangan anak dan yang ingin hamil anak kembar, amalkanlah doa di bawah ini.  Yang penting, kita kena berusaha dan jangan sesekali berputus asa.

Kalau suami atau isteri tiada apa-apa masalah untuk mendapatkan anak, mungkin belum rezeki untuk anda menimang cahaya mata.  Sesungguhnya Allah telah menetapkan sesuatu pada masa yang sesuai dan Allah tidak akan mensia-siakan doa hambaNya.  InsyaAllah =)

Selagi mampu, berusahalah untuk mendapatkan zuriat.Jangan berhenti berdoa.

Doa untuk mendapatkan anak


Maksudnya : “Wahai Tuhanku!  Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi..”
(Surah Al-Anbiya’ : Ayat 89)

Doa untuk mendapat anak lelaki 

Suami hendaklah baca ayat berikut (*baca di dalam hati) ketika kemuncak syahwat.



Maksudnya : ”Dia (Allah) mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”

Doa untuk mendapat anak perempuan

Suami hendaklah baca ayat berikut (*baca di dalam hati) ketika kemuncak syahwat.



Maksudnya : “Dia (Allah) mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”

Isteri pula sentiasalah berdoa di dalam hati, agar Allah mengurniakan anak perempuan atau lelaki.  Berdoa juga supaya Allah mengurniakan anak yang soleh dan solehah yang akan membahagiakan anda dunia dan akhirat.

Doa untuk mendapatkan anak kembar


Maksudnya : “Salam sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun.”
(Surah As-Saaffaat : Ayat 120)

Kalau dapat seperti yang kita hajatkan, bersyukurlah.  Jika sebaliknya, apa pun jantinanya kita sebagai ibu bapa tetap gembira menerimanya kerana apa yang Allah anugerahkan kepada kita adalah yang terbaik.

Yang lebih penting dari jantina ialah anak yang bakal dilahirkan itu cukup sifat, sihat dan sempurna.  Semoga hajat kita semua diperkenankan oleh Allah S.W.T.Amin.

No comments:

Post a Comment