Tuesday, March 26, 2013

KAEDAH MEREKABENTUK SISTEM BEKALAN AIR SEJUK BANGUNAN


2.1   PENGENALAN

            Bekalan air bersih adalah sangat penting bagi sesebuah bangunan. Oleh itu, faktor pembinaan dalam membekalkan air tersebut perlulah dititikberatkan bagi memastikan pengguna berpuashati dengan kemudahan yang disediakan di dalam perpustakaan ini.

            Sistem bekalan air yang terdapat di dalam bangunan adalah terdiri daripada bekalan air sejuk dan bekalan air panas. Bekalan air sejuk datangnya dari bekalan air yang disediakan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang di sambungkan melalui paip perkhidmatan.

            Manakala bekalan air panas pula adalah melalui unit pemanas (heater) yang disediakan pada setiap ruang atau bilik yang diperlukan. Pemanas ini mendapat bekalan air daripada paip bekalan air sejuk.

2.2  SISTEM BEKALAN AIR SEJUK

            Sistem bekalan air sejuk yang digunakan pada bangunan ini adalah sistem tidak langsung di mana air di simpan di dalam tangki terlebih dahulu. Air dari paip perkhidmatan akan dihantar ke tangki sedutan sebelum di pam ke tangki simpanan pukal. Dari tangki simpanan pukal, air ini diagihkan kepada paip pengguna.

2.2.1  Jadual Peralatan

2.2.1.1  ARAS BAWAH
Kelengkapan
Tandas Lelaki
Tandas Wanita
Tandas (OKU)
Kantin (kafe)
Surau
Jumlah
Water closet (wc)
6
6
2
-
-
14
Wash basin (wb)
6
6
2
4
-
18
Urinal
6
-
-
-
-
6
Pili (tap)
6
6
2
-
8
22
Sinki (sink)
-
-
-
3
-
3

2.2.1.2  ARAS SATU
Kelengkapan
Tandas Lelaki
Tandas Wanita
Tandas (OKU)
Kantin (kafe)
Surau
Jumlah
Water closet (wc)
6
6
2
-
-
14
Wash basin (wb)
6
6
2
-
-
14
Urinal
6
-
-
-
-
6
Pili (tap)
6
6
2
-
-
14
Sinki (sink)
-
-
-
-
-
-

2.2.1.3  ARAS DUA
Kelengkapan
Tandas Lelaki
Tandas Wanita
Tandas (OKU)
Kantin (kafe)
Surau
Jumlah
Water closet (wc)
6
6
2
-
-
14
Wash basin (wb)
6
6
2
-
-
14
Urinal
6
-
-
-
-
6
Pili (tap)
6
6
2
-
-
14
Sinki (sink)
-
-
-
-
-
-

2.2.1.4  ARAS TIGA
Kelengkapan
Tandas Lelaki
Tandas Wanita
Tandas (OKU)
Kantin (kafe)
Surau
Jumlah
Water closet (wc)
6
6
2
-
-
14
Wash basin (wb)
6
6
2
-
-
14
Urinal
6
-
-
-
-
6
Pili (tap)
6
6
2
-
-
14
Sinki (sink)
-
-
-
-
-
- 

2.2.1.2  ARAS EMPAT
Kelengkapan
Tandas Lelaki
Tandas Wanita
Tandas (OKU)
Kantin (kafe)
Surau
Jumlah
Water closet (wc)
6
6
2
-
-
14
Wash basin (wb)
6
6
2
-
-
14
Urinal
6
-
-
-
-
6
Pili (tap)
6
6
2
-
-
14
Sinki (sink)
-
-
-
-
-
-

2.2.2  Jumlah semua peralatan dalam bangunan
Kelengkapan
Ground floor
First floor
Second floor
Third floor
Fourth floor
Jumlah
Water closet (wc)
14
14
14
14
14
70
Wash basin (wb)
18
14
14
14
14
74
Urinal
6
6
6
6
6
30
Pili (tap)
22
14
14
14
14
78
Sinki (sink)
3
-
-
-
-
3

2.2.3  Jumlah simpanan air yang diperlukan bagi bangunan ini:-

Water closet (wc)    =   70  x   180   =       12600
Wash basin (wb)     =  148 x    90    =       13320 (termasuk untuk air panas)
Urinal                        =   30  x   180   =         5400
Pili (tap)                    =   78  x    90    =         7020
Sinki (sink)               =    6   x   130   =           780 (termasuk untuk air panas)
                                               Jumlah  =      39120 liter

Faktor penggunaan  =  75% hingga 90%

Andaikan faktor penggunaan = 85%

Oleh itu,
Jumlah simpanan air =  _ 85_  x   39120 liter
                                                      100
                                                =  33252 liter

2.2.4  Penentuan Saiz Tangki,
           
Biasanya lebihkan 15% daripada jumlah simpanan.
                        _115_  x  33252 liter
                             100  
                        = 38239.8 liter

Daripada jumlah tersebut, bekalan air simpanan ini dibahagikan kepada 2 tangki iaitu:-

i)             Tangki Sedutan  = 1/3 daripada jumlah air simpanan.
ii)            Tangki Simpanan pukal  = 2/3 daripada jumlah air simpanan.

2.2.4.1  Penentuan Saiz Tangki Sedutan

Jumlah air simpanan dalam tangki sedutan,
            =   _1_   x   38239.8 liter
                   3
            =  12746.6 liter

1 liter = 0.001 m3
Oleh itu,
Saiz tangki sedutan  =    12746.6  x  0.001m3
                                                =   12.747 m3
                                                =   12.75 m3

Jika tinggi dan lebar = (2m x 3m) telah ditentukan, maka panjang tangki sedutan  adalah:-
              =   12.75 m3   ÷  (2m x 3m)
              =   12.75 m3  ÷  (6 m2)
              =   2.125m

 Maka,
        Saiz yang sesuai bagi tangki yang akan digunakan adalah (2m  x  3m  x  3m). Anggaran ini  diambil bagi memastikan bekalan air simpanan mencukupi dan mengikut saiz ‘particiant’ tangki iaitu (1m  x  1m).

2.2.4.2  Penentuan Saiz Tangki Simpanan Pukal

Jumlah air simpanan dalam tangki simpanan pukal,
            =   _2_   x   38239.8 liter
                   3
            =  25493.2 liter

Bagi bangunan ini, tangki simpanan pukal dibahagikan kepada 2 bahagian
            =   25493.2 liter ÷  2
            =   12746.6 liter (bagi setiap tangki simpanan pukal)

1 liter = 0.001 m3

Oleh itu,
Saiz tangki simpanan pukal =    12746.6  x  0.001m3
                                                             =   12.747 m3
                                                 =   12.75 m3

Jika tinggi dan lebar = (2m x 3m) telah ditentukan, maka panjang tangki sedutan  adalah:-
              =   12.75 m3   ÷  (2m x 3m)
              =   12.75 m3  ÷  (6 m2)
              =   2.125m

 Maka,
        Saiz yang sesuai bagi tangki yang akan digunakan adalah (2m  x  3m  x  3m). Anggaran ini  diambil bagi memastikan bekalan air simpanan mencukupi dan mengikut saiz ‘particiant’ tangki iaitu (1m  x  1m).

2.2.5  Penentuan Kuasa Bagi Pam

Mencari kuasa yang sesuai untuk pam,
   Tentukan nilai berikut :-
            Tukarkan  38239.8 liter kepada gallon.

1 liter = 0.22gallon
           
            =  38239.8  x  0.22 gal
            =  8412.756 gal

   Kadar alir yang diperlukan  =  __kapasiti air yang diperlukan__
                                                        Masa operasi (jam)  x  60 minit
                                                   =  __8412.756 gal__
                                                        8 jam  x  60 minit
                                                   = 17.527 igpm
                                                   = 17.53 igpm

Oleh itu,
   Kapasiti pam perlulah berdasarkan berikut:-

            Penurasan kadar alir injap           =  17.53 igpm
      Kertinggian bangunan      = 29.6 m ( tinggi dari pam ke tangki
      simpanan)

Oleh itu,
                        Jenis pam yang digunakan adalah   =   SV1602 (2.2KW)
                                                                                            3HP at 2900 R.P.M.
                           (1 duty and 1 standby)

2.2.6  Penentuan Saiz Paip Dan Kadar Alir

Menentukan saiz paip yang sesuai untuk penghantaran air ke tangki simpanan pukal dan halaju.
Kadar alir      =   17.53 igpm
Halaju bagi Design Criteria          =   2.5 F.P.S.    6.0 F.P.S

Oleh itu,
            Paip bergalvani sebesar 40mm dipilih
                        1 mm   =   0.03937 inches
                        40 mm =   40  x  0.03937
                                     =    1.5748 inches
                                 =    1.6 inches (dibundar kosong titik perpuluhan)

Kadar alir, Q =   2.04 d2 V
17.53  =   2.04 (1.6)2 V
    V     =   17.53
                  5.2224
            =   3.357 gpm

2.2.7  Mencari saiz paip bekalan untuk penghantaran air ke peralatan.

Langkah-langkah:-
2.2.7.1        Dapatkan ‘loading unit’ bagi semua alatan. Rujuk jadual berikut:-

2.2.7.2     Tentukan nilai kadar alir ‘flow rate’ merujuk jadual berikut:-
  
2.2.7.3   Tentukan saiz diameter paip yang akan digunakan.
2.2.7.4   Kira panjang larian paip tersebut.
2.2.7.5  Kira panjang paip yang bersamaan dengan semua rintangan. Contohnya kira penggunaan ‘tee, elbow, and stop valve’ merujuk kepada jadual berikut:-
2.2.7.6   Tambahkan nilai antara panjang larian paip dan panjang paip yang bersamaan dengan semua rintangan. Ini bagi mendapatkan panjang paip efektif.

2.2.7.7    Dapatkan nilai bagi kehilangan turus ‘loss of head’ melalui graf berikut:-

2.2.7.8    Dapatkan nilai turus yang digunakan ‘head consumed’ dengan mendarabkan hasil panjang paip yang efektif  dan ‘loss of       head consumed’

2.2.7.9      Tentukan jumlah nilai turus yang digunakan ‘total head consumed’.

2.2.7.10  Dapatkan nilai bagi turus yang boleh digunakan pada titik           luahan ‘head available at point of discharge’.

2.2.7.11  Tentukan sama ada paip yang telah ditentukan tadi adalah sesuai atau tidak berdasarkan jumlah nilai turus yang digunakan  total head consumed’ dan turus yang boleh digunakan pada titik   luahan ‘head available at point of discharge’. Jika ‘total head consumed’ melebihi nilai ‘head available at point of discharge’. Maka, saiz paip perlu ditukarkan.

2.2.8   Contoh pengiraan tandas lelaki sebelah A (male toilet side  A):-

2.2.8.1  nombor paip  =  1
  2.2.8.2   beban yang dikenakan:-
wash basin (wb)  =  ( 6 x 5 ) x 3          =  90
  water closet (wc) =  ( 3 x 5 ) x 2           =  30
     tap                       =  [( 3 x 5 ) + 8] x 2  =  46
                                                               Jumlah   = 166

2.2.8.3  kadar alir  ( liter / s ): -
Bagi menentukan nilai kadar alir, jumlah loading unit yang digunakan perlulah merujuk kepada RAJAH 1.1.  Nilai yang diterima berdasarkan jadual tersebut adalah 1.88 l/s.
Untuk urinal, pengiraan bagi kadar alir adalah :-
   =  _( 3 x 5 ) x 4.15 liter_
                 20 x 60
   =  _62.25_
          1200
   =  0.052 l/s
Jumlah kadar alir bagi paip ini  =  1.88 + 0.052
                                                     =  1.932 l/s

2.2.8.4  Diameter paip yang dianggarkan (mm)
Anggaran yang kami tentukan untuk diameter paip ini adalah 50mm.

         2.2.8.5  Panjang larian paip (m)
Panjang larian paip   =  4.600 m  +  0.500 m
                                         =  5.100 m

2.2.8.6  Panjang paip yang bersamaan dengan semua rintangan ‘Length of  pipe equal to all resistance’ (m)
Nilai panjang paip setara dengan semua rintangan seperti elbow, tee,dan stop valve. Bagi paip ini nilainya adalah :-
   =  elbow + 1 tee + 1 stop valve (rujuk RAJAH 1.4)
   =  1.4 + 3.4 + 0.38
   =  5.180 m

2.2.8.7   Panjang paip yang efektif (m)
Panjang paip yang efektif di mana hasil panjang paip yang bersamaan dengan semua rintangan dan Panjang larian paip ditambahkan. Maka nilai bagi panjang paip yang efektif :-
              =  5.180 m  +  5.100 m
              =  10.280 m

2.2.8.8  Kehilangan turus ‘Loss of head’ (m/m run)
Kehilangan turus boleh didapati jika merujuk kepada RAJAH 1.2 dengan memasukkan nilai kadar alir ‘flow rate’ dan saiz diameter paip yang dianggarkan‘Estimated pipe diameter’. Kehilangan turus bagi saiz paip yang berdiameter 50mm dan mempunyai nilai flow rate 1.932 l/s adalah 0.035 m/m run.

2.2.8.9  Turus yang digunakan ‘Head consumed’ (m)
Nilai kehilangan turus ‘loss of head’ didarabkan dengan nilai panjang paip yang efektif ‘effective pipe length’. Maka nilai turus yang digunakan bagi paip ini adalah :-
           =  0.035  x  10.280
           =  0.360 m

2.2.8.9   Jumlah turus yang digunakan ‘Total head consumed’ (m).
Jumlah ‘head consumed’  dimana nilai total head consumed yang sebelumnya ditambah dengan head consumed bagi paip ini. Bagi paip ini, nilai total head consumed yang sebelumnya tiada. Oleh itu, ambil nilai head consumed iaitu 0.360 m.

2.2.8.9   Turus yang boleh digunakan di titik luahan ‘Head available at point of discharge’ (m).
Turus yang sesuai pada titik luahan di mana nilai diambil pada panjang paip menegak (bagi paip ini nilai yang di ambil adalah dari keluaran tangki hingga ke tingkat 4) iaitu 4.600 m.

2.2.8.9   Saiz paip akhir ‘Final pipe size’ (o.d.)(mm).
Penentuan di mana paip tersebut sesuai digunakan ataupun tidak. Jika nilai  jumlah turus yang digunakan melebihi nilai turus yang boleh digunakan di titik luahan, saiz paip tersebut tidak sesuai digunakan. Bagi saiz paip ini (50 mm) sesuai digunakan.






















RUJUKAN:-  BUILDING SERVICES (PART II)