KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas. 24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.
STANDARD KETULENAN EMAS BARU
( a ) 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas.
Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam
24K mengikut ukuran lama
( b ) 950 Emas Kelantan atau Emas 9½
( c ) 916.6 Emas Singapura
22K mengikut ukuran lama
( d ) 900 Emas Sembilan
21.6K mengikut ukuran lama
( e ) 875
( f ) 835
( g ) 800 Emas Paun
19K mengikut ukuran lama
( h ) 750 18K mengikut ukuran lama
( i ) 585 14K mengikut ukuran lama
( j ) 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama
** Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.
STANDARD KETULENAN PERAK
( a ) 958.4
( b ) 925
( c ) 830
( d ) 800
STANDARD KETULENAN PLATINUM
( a ) 950 bermakna 95.0% kandungannya.
CARA MENGUKUR STANDARD KETULENAN
KARAT X 100 = STANDARD KETULENAN
24
CARA MENGUKUR KARAT
STANDARD KETULENAN X 24 = KARAT
1000
Contoh Pengiraan :
Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat).
750 X 24 = 18K
1000
Nama-nama lama panggilan kepada Emas :
( a ) Emas Se Amas = 2.551 gm
( b ) Emas Se Rial =2.70 gm
( c ) Emas Se Kupang = 0.64 gm
( d ) Emas 2 Kupang = 1.28 gm ( Kupang Terengganu )
( e ) Emas 1 Suku = 0.8425 gm
( f ) Emas 6 Suku ( sama dengan 1½ mayam ) = 5.06 gm
( g ) Emas 1 Busak = 0.337 gm
( h ) Emas 5 Busak ( sama dengan ½ Mayam ) = 1.69 gm
( i ) Emas 1 Mayam = 3.37 gm
Unit Timbangan lama bagi emas :
( a ) 1 Tahil = 37.8 gm
( b ) 16 Tahil = 1 Kati
( c ) 1 Kati = 600 gm
( d ) 100 Kati = 1 Pikul
( e ) 1 Pikul = 60.48 kg
~ Unit Hina Besi kerana karat, Mulia Emas kerana kilat ~
No comments:
Post a Comment