Wednesday, April 17, 2013

Perkiraan Zakat Emas & Perak

Zakat Emas Perhiasan


Syarat-syarat:

1. Islam
2. Merdeka
3. Sumber yang baik
4. Cukup nisab = 85gm
5. Cukup haul = 1 tahun masihi atau hijri
6. Sempurna milik.

Kadar = 2.5%

Uruf = Nilai minima yang dibenarkan untuk dipakai. Berbeza mengikut negeri. Perlu rujuk ke Pejabat Agama Negeri. Jika jumlah emas perhiasan yang dimikili kurang dari nilai uruf, maka tidak dikenakan zakat.

Kaedah Pengiraan:

1. Kira nilai minima simpanan selama tempoh setahun tersebut.
2. Nilai uruf yang diambil 100gm

Contoh:

(Berikut sampel nilai minima setiap bulan)

Jan - 110gm
Feb - 200gm
Mac - 150gm
Apr - 130gm
Mei -120gm
Jun - 130gm
Jul - 150gm
Ogos - 170gm
Sep - 190gm
Okt - 250gm
Nov - 200gm
Dis - 180gm

Diperhatikan bahawa nilai minima yang disimpan selama setahun ialah 110gm. Terdapat 2 kaedah pengiraan.

Kaedah 1: Pengiraan kesemua emas perhiasan

110gm x nilai emas semasa x 2.5%

Kaedah 2: Pengiraan emas perhiasan tolah uruf

(110gm -100gm) x nilai emas semasa x 2.5%

Zakat Emas Simpanan

Syarat-syarat:

1. Islam
2. Merdeka
3. Sumber yang baik
4. Cukup nisab = 85gm
5. Cukup haul = 1 tahun masihi atau hijri
6. Sempurna milik.

Kadar = 2.5%

Kaedah Pengiraan:

1. Kira nilai minima simpanan selama tempoh setahun tersebut.

Contoh:

(Berikut sampel nilai minima setiap bulan)

Jan - 100gm
Feb - 200gm
Mac - 150gm
Apr - 100gm
Mei -120gm
Jun - 130gm
Jul - 150gm
Ogos - 170gm
Sep - 190gm
Okt - 250gm
Nov - 200gm
Dis - 180gm

Diperhatikan bahawa nilai minima yang disimpan selama setahun ialah 100gm. Maka zakat yang perlu dikeluarkan ialah

100gm x nilai emas semasa x 2.5%

Zakat Perak

Menurut hukum syarak, logam perak adalah termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Pada umumnya barang-barang logam perak yang digunakan oleh manusia terdiri dari 4 bentuk utama:
1.  Jongkong perak
2. Matawang perak
3. Perkakas atau perhiasan rumah daripada perak
4. Barang perhiasan/barang kemas perak

Nisab dan kadar zakat perak

Ijma, ulama telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram.

Dalil zakat perak

Sabda Rasulullah SAW

Maksudnya:
"..Tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq (bersamaan lebih kurang 930 liter)". (Riwayat Muslim)

Maksudnya:
"Pada perak (zakatnya) 1/40...". (Riwayat Al-Bukhari )

Contoh pengiraan zakat perak :

Berat barangan perak x harga semasa x 2.5%

Katakan Ahmad menyimpan 1,000 gram perak (telah melebihi nisab)

Kadar zakat = 2.5%
* harga semasa perak (contoh) = RM 0.62/g

Zakat =  1,000 gm x 0.62 x2.5% =  15.50

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG EMAS ?

APA ITU KARAT ( K ) ?

KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.  24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.


STANDARD KETULENAN EMAS BARU


( a )       999        Emas Tulen 99.9% kandungan emas.
                             Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam
                             24K mengikut ukuran lama


( b )       950        Emas Kelantan atau Emas 9½


( c )       916.6      Emas Singapura

                             22K mengikut ukuran lama

( d )       900        Emas Sembilan

                             21.6K mengikut ukuran lama

( e )       875


( f )       835


( g )      800        Emas Paun

                            19K mengikut ukuran lama

( h )      750        18K mengikut ukuran lama


( i )       585         14K mengikut ukuran lama


( j )       375         SUASA – 9K mengikut ukuran lama


**  Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.


STANDARD KETULENAN PERAK 


( a )       958.4


( b )       925


( c )       830


( d )       800


STANDARD KETULENAN PLATINUM


( a )       950      bermakna 95.0% kandungannya.


CARA MENGUKUR STANDARD KETULENAN

KARAT  X 100 = STANDARD KETULENAN
                     24

CARA MENGUKUR KARAT
STANDARD KETULENAN X 24  = KARAT
                                                  1000
          

Contoh Pengiraan : 

Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat).  

750  X  24 = 18K
           1000


Nama-nama lama panggilan kepada Emas :

( a )       Emas Se Amas = 2.551 gm
     
( b )       Emas Se Rial =2.70 gm
       

( c )       Emas Se Kupang = 0.64 gm
            

( d )      Emas 2 Kupang = 1.28 gm     ( Kupang Terengganu )
            

( e )      Emas 1 Suku = 0.8425 gm

( f )       Emas 6 Suku ( sama dengan 1½ mayam ) = 5.06 gm
     
( g )      Emas 1 Busak = 0.337 gm


( h )     Emas 5 Busak ( sama dengan ½ Mayam ) = 1.69 gm
       

( i )      Emas 1 Mayam = 3.37 gm

Unit Timbangan lama bagi emas :


( a )     1 Tahil = 37.8 gm


( b )     16 Tahil = 1 Kati


( c )     1 Kati = 600 gm


( d )     100 Kati = 1 Pikul


( e )     1 Pikul = 60.48 kg


                              ~  Unit Hina Besi kerana karat, Mulia Emas kerana kilat  ~